Setelah sekian lama tak update blog akhirnya ada jugak waktu terluang nak post ni hehe, eleh sebenarnya takdalah busy sangat tapi waktu nak update blog ni memang tak ada pun. Jangan ingat saya tak kerja, saya duduk melenggang je dekat rumah tu. Not actually sebab saya ini diibaratkan bibik sepenuh masa, semua kerja kena buat tau. Tersangatlah penat haish, tapi takpalah apasalahnya nak tolong mama kan? Lagipun mama penat kalau balik kerja tu, so nak bagi mengelakkan dia membebel semua, baik saya tolong dia buat kerja rumah :-)
Kalau nak ikutkan hati ini lah kan, sebenarnya aku masih sayangkan dia. Okay ni memang #PengakuanBeraniMata, alah buat apa kita nak simpan perasaan ni lama-lama kan? Tapi aku tak macam dululah sampai nak mengaku dekat dia sendiri yang aku sayang dia lagi, buat apa lagi aku nak mengaku semua tu? Aku rasa macam buang masa.... Sebab aku dah bagi dia peluang untuk kali kedua tapi tak ada jodoh and benda yang sama jugak berlaku, alah kita takkan expect benda tu akan berlaku sebab bila kita rasa kita dah bagi seseorang tu peluang kedua, kita akan rasa kita akan kekal lama dengan dia insyaAllah, tapi mungkin Allah S.W.T nak buka mata aku kan supaya aku sedar yang aku ni bukan untuk dia, yeah ada hikmah disebalik semua ini. Tapi macamana nak hilangkan perasaan sayang ni? Setiap hari aku berdoa nak menghilangkan perasaan sayang ni, tapi aku takboleh... tapi takpalah aku akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perasaan sedih tu datang balik. Aku still nak berkawan dengan dia tapi aku tak mengharapkan pun benda tu akan berlaku... What I mean is, yang dia akan kembali dengan aku. Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang dekat seseorang tu, eventhough dia dah banyak kali sakitkan hati kita... tapi aku still maafkan dia, sebab aku tahu dia tak sengaja and aku tahu dia tak ada niat pun nak buat aku macamtu. Orang cakap "Kenapalah kau nak maafkan dia eventhough dia dah selalu buat kau macamtu" Bagi aku, buat apa nak simpan perasaan marah tu lama-lama? Yelah sedangkan Nabi Muhammad pun memaafkan umat dia, inikan aku sebagai insan yang biasa. Yelah sebelum ni aku memang ada gaduh dengan dia, aku gaduh dengan dia pun sebab aku nak lupakan dia. Tapi aku tak sangkakan kitaorang akan berbaik, takpalah marah lama-lama pun nak buat apa? Rasa bersalah adalah kan?
But dont worry, setiap hari aku berdoa supaya aku dapat control feeling ni, insyaAllah aku boleh buat. And yes, alhamdullilah sekarang ni aku dah berhijab. Aku berhijab bukan sebab kena paksaan atau fashion semata-mata, aku berhijab sebab Allah S.W.T and family, dah tiba masanya untuk aku pakai tudung ni. Terima kasih ya Allah kerana bukakan pintu hati aku untuk berhijab. Alhamdullilah for everything.
Thanks for reading, xoxo.
No comments:
Post a Comment